Lirik lagu: Gerimis Mengundang

ku sangkakan panas berpanjangan
rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang oh oh oh ooh
dalam tak sadar ku kebasahan

pernah juga kau pinta perpisahan
aku sangkakan itu hanyalah gurauan oh oh oh ooh
nyata kau serius dalam senyuman

bukan sekejap denganmu, bukan mainan hasratku
engkaupun tahu niatku tulus dan suci
senang benar kau ucapkan, kau anggap itu suratan
sikit pun riak wajahmu tiada terkilan

hanya aku separuh nyawa menahan sebak di dada
sedangkan kau bersahaja, berlalu tanpa kata
terasa diri amat terhina kau lakukan

sia-sia ku korban selama ini
jika kasihku jika hatiku kau gores oh oh oh ooh
dalam tak sadar ku menangis

Lihat semua

Video Lagu Gerimis Mengundang