Lirik lagu: Mahligai Seribu Mimpi


Sungguh lama

Ku pendamkan

Menjadi rasa naluri

Panah cinta ku tembusi

Sifat mu itu

Riwayat mu ku satukan

Di dalam hakikat cinta

Makrifat pun seabadi

Kau tak mengerti

Cintaku kepada mu

Kasih ku mimpikan

Dikau beribu makna

Beribu suka duka ku tempuhi

Hadirlah kasih bagai

Titian pelangi

Bukalah gerbang mahliga

Dihati ini

Mahligai seribu

Impian dan bayangan

Masihku sembunyikan rahsianya

Mahligai seribu

Ku impikan kenyataan

Pada mu ingin ku zahirkan kasih

Terangi ia

Bawakan cinta mu

Wangian syurgawi

Mahligai seribu

Hakikat ku menunggu

Hadirlah mu bersama kerelaan

Nescaya ada

Erti kebahagiaan

Tak terucap dengan kalimah syahdu

Carilah aku

Di awal mula

Di akhir tiada

Akhirnya


Lihat semua

Video Lagu Mahligai Seribu Mimpi